Kelas E-Learning : Typing Practice
14 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas multimedia iaitu latihan menaip yang dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta yang ingin memenuhi masa lapang selepas waktu persekolahan. Pelajar diminta untuk menaip karangan Bahasa Inggeris selama 30 minit untuk satu sesi. Untuk kelas menaip kali ini, peserta perlu menyiapkan 3 sesi latihan yang memerlukan peserta untuk melatih membiasakan diri dengan papan kekunci serta butang-butang yang digunakan.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan laman sesawang yang membolehkan peserta untuk berlatih menaip sendiri pada masa akan datang. Di samping itu, peserta diberi tunjuk ajar teknik ketika menaip dengan postur badan dan lengan yang betul. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: